BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 31, 2009

buat sahabat!!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

emmmm

minggu ni stdy week.
tp aku masih tak strt stdy
ari ni 31.10.2009
best mamaku

HEPI BESDAY MA!
yg ke 45 tahun
semoga ma bahagia...dimurahkan rezeki...arap ma semakin tabah menghadapi segalanya...
sayang ma!!!

td pg dh telefon ma
ma ckp abah nk bawa g alor star..
da sua rasa TV9
rugi...rugi...
klo tak leh joint
tp nk wat cm ne
kna blik ambik slip exm
lgipun bila kat umh comfrm tak stdy gak

sem ni aku ambik 3 paper
ye la...final sem kat upsi
sem depan praktikum
abah ckp tak dapt semua A saje la
dh la masa panjng...
mana taknye seminggu satu paper

aku tak tau kenapa?
rase cm dh hilg farah yg dlu
farah yg bersemangt
sentiasa bersedia
rajin
sekarg...malas je
semua tak nak buat
nk duk atas katil je
org lain bersungguh2 stdy...
knp aku cm ni???

ari ni...
aku cm ...enth
tak tau nak cita...
sebelum ni aku da sorng kawan baik...
baik sangt
semua maslh aku jd seng...
sebb kita da tmpt nk kongsi masalh
tmpt kita nak ketawa...
semua la....
tapi sekrg....
dia dh jaauh...
dia dh hbs stdy...
blik kampung...
sunyi sgt2 aku sekarg
dulu da je rancangn kami nak hbskn hujug minggu...
kini..hujug minggu ku terperak di khar
msg pun kurang..
ye la...dia tak keje..
tak dpt top up kadg2
emmmm
nsb...

org lain...da kawan....
best je
boleh g jaln2
tak de kawan pun...
msti da pakwe...
lagi bertuah da semua
aku????
sunyi...sepi...

kenapa ye??
muka ku bertambh teruk..
dh tak tau nk pkai pe.
semua tak kena
cam org bodoh je...
dri darjah 4 sampai sekrg
muka ku tak pernh elok
org lain licin je...
dulu masa sekolh rendh
org cakp besa la tu
nk besar...
aku mengerti...
aku sabar... tima ... mungkin nk tukar hormon
bila sekolh menengh...
org ckp...tak pe
bila dh umur 20an
jerawat akan hilg ngn sndiri
aku sabr lagi...
telan je pe org nk ckp pasal muka aku k penampilan aku k...
dh muka cm ni...nk cntik2 buat pe...
bila dh umr 20an..
org ckp tggu kawin...
elok la tu...

enth la pe org nk kata lg
aku jugk yg bawa semua ni
aku jugk yg hadapi
org ckp je
sampai satu ketika...
aku malu nk keluar umh...
malu nak berhadapan ngn org...
cm ne nk jd cikgu....?

org takkn faham kita
melainkn mereka hadapi sendiri
seng ckp...
pedih tangung sorg

ati nangis sedih mengenangkn semua ni...
tak de pe boleh buat
aku terpaksa berusaha 2x lebih dri orng lain
aku tak cm org lain...
aku serba kekurangan
kat sini aku nk luah isi ati yg terpaksa aku pendam setahun ni
sbb...tak de kawan baik lagi....
semuanye....hilg...

Friday, October 30, 2009

knp?

knp ye?
hati ku resah...
lemas la...
knp????

waktu-waktu doa mustajab

  • di tengah malam atau sepertiga malam yg akhir
  • selepas solat fardhu
  • berdoa di tempat sunyi supaya kusyuk
  • ketika dalam peperangan atau darurat
  • ketika sujud
  • ketika dizalimi orang
  • ketika musafir
  • bapa mendoakan kebaikan anak
  • ketika wuquf di padang arafah
  • selepas solat subuh sebelum terbit matahari
  • selepas solat asar
  • ketika mahu berbuka puasa
  • ketika sakit
  • doa pada malam Lailatulqadar
  • doa pada malam jumaat
  • doa anak yang taat kepada ibu bapa
  • berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah allah

Saturday, October 17, 2009

akhirnye.....

fuh....

lama gak tak lepak kat cini
rsa terbeban...tertekan...semua la
teruk jgk la
enth nk ckp cm ne
lama dh tak singgah cini
semua sebb sibuk ngn program..
n sibuk ngn tesis
ari ni dh masuk ari ke-2
leps anta tesis
enth la..
tak tau betl k tak
reda je
pn raja...bz sgt
tak dapt jumpa langsg
terakhr jumpa before puasa
tu pun kejp je
risau jugk tak tunjuk lgsg tesisku
orng lain ada jgk la kena edit2
kami ni...
markh yg penting...
tak nak jtuh reslt sem tesis ni
huhuhu
RISAU.....
apa2 pun ni la tesis ku..
ada 82 muka surat







ni gambar tesis selepas print...teruk gak la nk print...

dakwat hbs la...

print diam...


ni after tape..

harap puan raja dapat bgi markah tinggi2 sikit

huhuhu

tq pada niza..sebb jadi supervisior ke2

tq pada ayu sebb sanggp tunggu u tape tesis kita

tq pada ad...my romate sbb sabar ngn kak farah yg tiba2 garang semacm..

hehehe

emo sangt ari jumaat lpas...

tertekan

pe2 pun..tq semuanyeeeeeeeeee....

Monday, October 5, 2009

Menjadi remaja menarik

Menjadi individu yang menarik akan membuatkan semua orang di sekeliling berasa selesa dan menyukai diri anda.

MENJADI seseorang yang menarik di mata orang lain merupakan hasrat semua individu terutama remaja. Adakalanya remaja mengambil sikap acuh tidak acuh mengenai daya tarikan diri. Namun, jika mereka merasakan diri tidak disukai orang lain, mereka akan sedaya upaya mengubahnya.

Seorang yang menarik tidak semestinya memiliki wajah yang cantik. Jika seseorang itu menarik dari aspek fizikalnya, tetapi tidak memiliki penampilan sesuai dan kemahiran komunikasi yang baik, dia akan dilihat sebagai individu yang membosankan.

Setiap orang mempunyai daya penarik tersendiri, cuma kita tidak perasan.
Setiap orang juga ada sebab mengapa mereka hendak jadi menarik. Atas sebab itu, banyak syarikat mengaut keuntungan apabila orang ramai membeli barangan mahupun perkhidmatan mereka untuk menjadi menarik.

Sesungguhnya Tuhan menjadikan manusia sebaik-baik kejadian. Jadi, fokuskan perhatian kepada perkara yang boleh kita perbaiki supaya menjadi individu menarik terutamanya dari segi sikap.

GenK menyenaraikan beberapa tip bagaimana menjadi seorang yang menarik di mata orang lain:

1. Sentiasa senyum

Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta atau disayangi ramai disebabkan senyumannya. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman yang ikhlas.

2. Banyak memberi

Masyarakat menyukai individu yang suka memberi. Sama ada wang, hadiah atau pun pertolongan berbentuk fizikal. Tiada siapa yang suka kepada individu yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk saling memberi.

3. Berikan pujian

Manusia sebenarnya gemarkan pujian. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Kata-kata pujian akan membuatkan seseorang berasa dihargai. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan bahagia.

4. Mempunyai prinsip

Mempunyai prinsip hidup merupakan antara ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa dan bukannya seorang hartawan. Tetapi mengapa beliau menjadi individu yang menarik? Sebabnya, Gandhi mempunyai prinsip untuk membebaskan rakyat India daripada cengkaman penjajah.

5. Mempunyai keyakinan diri

Ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan dan percaya terhadap kemampuan diri sendiri. Jika anda tidak percaya pada diri sendiri, mustahil orang lain akan mempercayai anda.

6.Bersikap positif

Jika anda pernah menghadapi krisis atau bertengkar dengan sesiapa sahaja, jangan simpan perasaan benci di dalam hati. Pilihlah untuk berkawan dengannya dan elak daripada bermusuh dengannya dalam tempoh yang sangat lama.

Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Dendam akan menarik sifat marah dan panas baran. Sikap itu akan membuatkan sesiapa sahaja kurang senang dengan anda, termasuklah ibu bapa dan adik-beradik.

Untuk menjadi individu yang menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut satu persatu. Pilih yang positif, lupakan yang negatif.

7. Pandai berkawan

Jangan pilih dengan siapa anda mahu berkawan. Jaga hati setiap orang dan anggap semua orang adalah penting.

Setiap individu mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat orang lain terhadap anda, layan mereka dengan baik. Pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan postur tubuh. Elakkan daripada berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Selain itu, bergaul dengan sesiapa sahaja kerana ia akan membuat anda bijak untuk menyesuaikan diri dengan semua orang, tidak kira peringkat umur atau bangsa.


Sumber: www.alpha08.wordpress.com/ www.imotivasi.com